Pages

Monday, 13 May 2013

BREAK IT OUT! Mengapa Polis Masih Berlembut?


Adakah Malaysia mengamalkan undang-undang amaran? Tiap kali undang-undang negara dicabar, tiada tindakan tegas yang diambil. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan menjamin keselamatan rakyat negara ini. Jika pihak yang berwajib masih lagi memberi amaran demi amaran, dikhuatiri akan memudaratkan rakyat dan negara.

Beberapa siri perhimpunan "BLACKOUT 505" tanpa permit yang dianjurkan oleh pihak pembangkang umpama "memberi restu" perhimpunan tersebut. Apa yang dilaksanakan penguatkuasa, hanya amaran demi amaran namun pengajuran perhimpunan masih diteruskan.

Terbaru, kenyataan Ketua Polis Negara, sekali lagi memberi AMARAN agar orang ramai tidak mencabar undang-undang menerusi pelbagai provokasi yang sengaja mahu membangikitkan perasaan marah di kalangan rakyat hanya kerana pihak tertentu tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13.

Namun disebalik kenyataan tersebut pihak pembangkang secara terang-terangan dan berterusan sengaja mewujudkan provokasi melalui perhimpunan dan cubaan membuka bibit-bibit perkauman yang keterlaluan hingga Perdana Menteri dihina dan digelar sebagai "syaitan". Namun, hanya amaran yang mampu dilaksanakan.

Tindakan Kerajaan Singapura yang telah menahan 21 rakyat Malaysia yang telah mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah keputusan PRU 13 di Merlion Park Singapura tempohari  wajar dijadikan teladan oleh penguatkuasa di negara ini. Ketegasan undang-undang perlu demi memelihara keharmonian dan ketenteraman majoriti rakyat Malaysia.

Jangan "nasi sudah menjadi bubur" dan "sudah terhantuk baru tergadah", barulah terjaga dari tidur!..

1 comment :

  1. Kenapa PDRM tak tegas macam Polis Singapura.?
    Takut pada pembangkang ke ? ATAU
    mereka sama macam pembangkang ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...