Pages

Thursday, 23 May 2013

BIAR BETUL! Siapa Kata Belia Tak Suka? #FBP13 @PortalSGB

Festival Belia Putrajaya 2013 bukan sahaja menyediakan acara-acara berbentuk hiburan dan sukan semata-mata malah segmen modal insan menjadi keutamaan dalam penganjuran kali ini. Hari pertama Festival Belia Putrajaya 2013 sampai kemuncak pada malam ini dengan Forum Perdana bertajuk "Belia Aspirasi Negara". Ahli panel yang terdiri daripada penceramah-penceramah terkenal terdiri daripada Ustaz Hj Dzulkifli Hj Hamzah, Ustaz Tarmizi Abd Razak dan Imam Muda Hizbur. Moderator forum ialah Imam Muda Aran.

Sebelum Forum berlangsung, pengunjung turut dipersembahkan dengan persembahan kumpulan nasyid Mestica sementara Kumpulan Hijjaz dipenghujung forum tersebut. Ribuan pengunjung telah memeriahkan Forum Perdana pada malam ini.

Festival Belia :Putrajaya 2013 akan terus menyediakan platform untuk belia menunjukkan bakat dan pemikiran serta menyuarakan kemahuan dan cita-cita mereka namun pembangunan modal insan turut diterapkan bagi memupuk nilai-nilai murni dan jati diri kepada belia-belia negara.

Secara tak langsung mampu menyumbang dalam pembangunan negara.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...