Pages

Friday, 3 May 2013

ASTAGFIRULLAH AL AZIM PAS DAN PKR CUBA MENIPU RAKYAT MALAYSIA DENGAN MENGATAKAN VIDEO SAIFUL SUMPAH DI DEPAN KAABAH ADALAH PALSU


Wah! Aku dah agak kisah tisu terbang confirm berulang punya, yalah video Stopa Ali dok balun baik punya pun mereka kata bukan video asli, maka tidak hairan la kalau puak pakatan cuba nak spin dengan mengatakan video Saiful bersumpah di hadapan Kaabah adalah video palsu.

BAYANGKAN VIDEO PENUH BERWARNA SIAP ADA SUARA PUN PUAK PAKATAN KATA TIPU, video China Doll ngan Anwar jangan cerita la, ada 4 angle pun mereka tak nak percaya.

Tapi yang aku pelik puak-puak ni tak tau ke Saiful hanya menggunkan handphone E72 keluaran Nokia untuk rakaman tersebut? Dari nak suruh Anwar bersumpah puak-puak yang kononnya memperjuangkan Islam ini mempertikai video Saiful pulak.

Peliknya aku dengan mereka ni, dari korang pertikai sumpah Saiful dengan alasan bodoh tak masuk akal tu baik korang suruh je si Anwar bersumpah, kenapa la puak pakatan ni bebal? Video kamera E72 taklah secanggihSmart Handphone. Apa cerita kata diedit pakai chrima key (green screen).

Kat bawah ini doa aku kepada Allah tentang isu Saiful bersumpah di hadapan Kaabah!

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padamu Ya Allah selamatkanlah negara kita ini dari manusia durjana seperti PAS yang menghalalkan segala perbuatan haram pemimpin mereka! Ya Allah kau tunjukkanlah kebenaran pada kami Ya Allah.

Aku memohon padamu di hari Jumaat yang mulia ini Ya Allah, kepada mereka yang cuba mempermainkan Sumpah Saiful di hadapan Kaabah ini, tunjukkanlah akan kebenaran kepada mereka, Ya Allah, mereka ini sudah sampai ketahap kesesatan yang tak boleh diselamatkan lagi.

Aku juga mohon padamu Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran. Jauhilah kami dari manusia durjana seperti mereka ini yang sentiasa menghalalkan yang haram!

Bakinya terserah la pada akal fikiran kamu semua.

Sumber

1 comment :

  1. Saya rasa video Saiful tu betul kerana waktu dia nak bersumpah tu alat perakam di alih ke kiri beliau (ketika ini beliau menghadap kaabah) berbeza dari waktu beliau melintasi pintu kaabah (bahu kiri menghadap kaabah). Kalau lihat posisi waktu dia nak bersumpah itu seperti beliau menghadap kaabah dan mungkin hampir dengan lingkaran Hijr ismail. Kalau di posisi ini logik Maqam Ibrahim itu boleh nampak. Waktu Umrah biasa (bukan musim haji atau ramadhan) memang org agak kurang. Biasa juga orang yang membuat ibadat tawaf tak berjalan terlalu dekat dengan kaabah kerana bimbang tersentuh dinding dan menyebabkan tawaf tadi tak sah. Orang yg pegang2 tu dah selesai tawaf biasanya. Malah ada ruang sehingga ada yg berkesempatan solat sunat dekat2 dengan kaabah tu. Waalahuaklam. Mohon maaflah kalau saya tersilap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...