Pages

Thursday, 18 April 2013

TU DIA! Pesanan Dato Non Buat Dato Seri Shariff Omar

Tu Dia! Merajuk hanya 24 jam. Tak lama pun. BN masih mengawal keadaan walaupun ada yang tak puashati. Bukan macam Pakatan Rakyat yang masih serabut dan kelam kabut mengenai isu calon. Adeeh!

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato Zainal Abidin Osman menafikan ada Bilik Gerakan yang telah ditutup ekoran  rasa tidak puashati segelintir pihak tentang calon-calon yang telah diumumkan kelmarin. Bilik Gerakan akan beroperasi sepenuhnya bermula pada Sabtu ini.

"Kita masih berharap dan merayu kepada Dato Seri Sharif Omar sebagai pemimpin yang telah lama yang telah menjadi wakil rakyat selama 22 tahun. Kita harap beliau akan dapat mengubah keputusan sebelum hari sabtu ini (penamaan calon)", ujar beliau dalam mengulas keputusan Dato Seri Shariff Omar berkemungkinan akan bertanding atas tiket bebas ataupun mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, masa masih ada, Dato Seri Shariff Omar seorang pemimpin yang dihormati.  Keempat-empat calon yang dinamakan, kesemuanya adalah anak didik Dato Seri Shariff Omar yang pernah bertungkus lumus membantu semasa beliau menjadi calon selama 22 tahun.  Maka sudah tiba masanya beliau pula memberikan komitmen yang sama. Barulah ada kesinambungan kepimpinan.

Jika Dato Seri Shariff Omar masih kekal dengan keputusannya sebelum, BN akan lawan  habis-habisan. Keyakinan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang terhadap pengundi di Tasek Gelugor akan mengundi BN bukannya individu, ulasnya lagi ketika hadir dalam Majlis Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan di Dewan Masyarakat Sungai Duri, Nibong Tebal sebentar tadi.

Kita tunggu Sabtu ini...

Admin


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...