Pages

Sunday, 21 April 2013

Shuhaimi Shafie “Berfantasi” Tentang Khalid Ibrahim?


Saya ketawa terbahak-bahak apabila salah seorang pengampu Khalid Ibrahim yang bernama Shuhaimi Shafie begitu bersungguh-sungguh “mengipas” Menteri Besar Selangor itu dengan kata-kata manis yang mampu mencairkan hati.

Ketua Penerangan PKR itu mendakwa tiada seorang pun calon BN Selangor yang mampu menandingi “ketokohan” Khalid “Gagap”. Kononnya Khalid terlalu hebat untuk disaingi oleh calon-calon BN pada PRU ke-13 kali ini.

Kalau dilihat dari satu sudut, jika Shuhaimi mendakwa “kegagapan” Khalid tidak dapat ditandingi oleh mana-mana calon BN Selangor, itu memang jelas dan saya yakin ramai rakyat Selangor yang setuju.

Tapi yang musykilnya, Shuhaimi bercakap mengenai ketokohan Khalid “Gagap” sebagai seorang Menteri Besar yang kononnya paling hebat! Pelik betul kenyataan itu kerana apa yang berlaku sepanjang lima tahun ini adalah sangat berbeza faktanya. Shuhaimi berfantasi, kah?

Rakyat Selangor tahu bahawa mungkin Khalid telah memberikan kuasa “Raja Pasir” pada Shuhaimi selama lima tahun ketika dia berkuasa. Tapi agak-agaklah sikit bila nak mengampu. Kalau nak mengampu pun, biarlah berasaskan fakta yang logik dan masuk akal…

Contohnya, apabila disebut mengenai krisis air yang melanda di negeri termaju itu, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat dan pengguna di Selangor menuding jari pada Khalid menunjukkan bahawa dia adalah Menteri Besar paling gagal dalam sejarah negeri itu.

Ketika di awal penjajahannya di Selangor, Khalid sudah diberitahu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pakar-pakar industri air bahawa negeri pimpinannya itu akan mengalami krisis air yang teruk pada tahun 2014 sekiranya tiada sumber bekalan air mentah baru diusahakan.

Kajian yang bersifat holistik turut dibentangkan di mana Selangor akan mendapat bekalan air mentah dari Pahang dan dirawat di loji rawatan air baru, Langat 2, tanpa perlu satu sen pun dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tapi Khalid “keras kepala” dan bodoh sombong! Dia tolak laporan itu mentah-mentah dan apabila rakyatnya mengeluh resah akibat masalah gangguan bekalan air yang kerap mereka hadapi, Khalid mula gelabah…

Peliknya, Menteri Besar “terhebat” itu tak cari sumber air baru. Tapi dia sebok mencadangkan pelbagai kaedah memproses sumber air yang terhad di Selangor sambil mengelilingi negeri itu menyalahkan Kerajaan Pusat, UMNO, BN dan SYABAS atas kegagalan dirinya sendiri.

Hasilnya, tidak ada satu cadangan pun yang Khalid laksanakan sehingga kini dan pihak yang dipersalahkan itu pula yang bertungkus lumus memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan air yang mencukupi sepanjang lima tahun penjajahan Pakatan Haram itu.

Antaranya, Kerajaan Pusat terpaksa mengeluarkan peruntukan khas berjumlah RM606 juta untuk pelan mitigasi air di Selangor selain memperuntukkan dana tambahan kepada rakyat (melalui SPAN) di mana ia mampu mengalih tempoh krisis air tersebut sehingga tahun 2016.

Pelan tersebut hanya mampu dilakukan bagi jangka masa yang pendek ekoran kedegilan Khalid tidak mahu membenarkan projek jangka panjang Langat 2 diteruskan. Maksudnya, tidak lama lagi rakyat Selangor akan menghadapi krisis air yang teruk jika keadaan ini tidak berubah.

Bagaimana nak ubah keadaan ini? Caranya ialah dengan memberikan kembali mandat kepada BN pada PRU ke-13 ini kerana Khalid “terlalu hebat ketokohan”nya untuk memahami dan apatah lagi menyelesaikan masalah air yang menghantui rakyat Selangor.

Paling pelik, macam mana Shuhaimi boleh terfikir untuk membodek seorang Menteri Besar yang menyusahkan rakyat selama lima tahun? Agaknya, mungkin itu tahap pemikiran atau IQ seorang Ketua Penerangan PKR Selangor. Ataupun ada udang sebalik batu, selepas pasir, manalah tahu boleh kaut air sekali..

Kalau begitulah tahap akal para pemimpin Pakatan Haram, jangankan Selangor, negara ini pun boleh hancur dikerjakan mereka. Perkara asas kehidupan pun mereka gagal uruskan dengan baik? Apatah lagi perkara lain? Meranalah rakyat Selangor jika Pakatan Haram terus diberi mandat…

Suara Generasi Baru

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...