Pages

Tuesday, 9 April 2013

Saya kenal siapa dia...semua dalam Mindef tahu


Bekas pegawai tinggi Tentera yang menyertai pembangkang adalah golongan bermasalah yang tidak setia kepada negara kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Adalah ada dua tiga orang tersasar nak jadi calon pembangkang. Yang jadi calon itu saya kenal siapa dia. Saya kenal latar belakang dia. Saya tahu mengapa. Sebenarnya mereka itu bermasalah. Semua dalam Mindef (Kementerian Pertahanan) tahu.

“Kita kena ada prinsip kesetiaan. Sebagai manusia kalau kita hilang segala-galanya, biar orang menghormati kita sebab kita ada prinsip kesetiaan. Orang putih kata, you come into office with honour and dignity and you leave the office with honour and dignity.

"Honour and dignity tak boleh dibeli biarpun ada orang janjikan macam-macam kepada kita. Tapi penghormatan manusia kepada kita tak boleh dijual-beli dengan wang ringgit,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pesara-pesara kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Isnin.

Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein telah diumum sebagai calon PKR kawasan Parlimen Johor Bharu manakala bekas Laksamana TLDM Haji Imran Abdul Hamid  calon PKR Lumut.

Seorang lagi bekas Jeneral yang masuk pembangkang baru-baru ini ialah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Perdana Menteri mengingatkan, antara faktor utama kejayaan Malaysia ialah kerana ia berjaya mengekalkan keamanan, lantas rakyat mesti menghargai perjuangan perajurit negara.

Dalam ucapannya Perdana Menteri berkata beliau yakin golongan pesara kerajaan adalah kumpulan masyarakat yang lebih berpengetahuan dan kaya pengalaman lebih memahami bahawa masa depan negara tidak boleh diperjudikan. Tidak boleh dilakukan eksperimen.

Sehubungan itu katanya pesara pesara perlu menyokong kerajaan kerana inilah pilihan terbaik untuk negara, berbanding Pembangkang yang tidak pernah konsisten pendirian. Contoh terbaik katanya, pada satu ketika dahulu Pembangkang mahu melelong Putrajaya tetapi kini mengidamkannya pula.

“Bolehkah kita beri kepercayaan kepada pembangkang yang masing-masing berbeza haluan mereka? Ada yang mimpi satu macam. Ada yang mimpi lain. Ada yang mimpi satu macam bagi diri dia sahaja. Semua tidur atas satu bantal. Tapi bak kata peribahasa Melayu - tidur sebantal mimpi lain-lain.

“Kalau mimpi itu mimpi yang indah, tak apa. Tapi mimpi yang bercanggah halatuju. Mimpi yang berbeza yang akan membawa kepada kucar kacir dalam pentadbiran negara kita.

“Ini bukan omong-omong kosong. Ini realiti, kerana kalau kita dalam satu kapal, ada satu nakhoda. Tapi kalau ada tiga nakhoda apa akan jadi pada kapal itu? Kapal itu akan karam lambat laun,” katanya.

Najib seterusnya mengingatkan masa depan negara bergantung kepada kesinambungan kerajaan yang sedia ada. Malah beliau berjanji akan bekerja lebih keras untuk memastikan masa depan yang lebih cerah untuk negara.

“Yakinlah jika tuan-tuan menyokong kerajaan yang ada pada hari ini kita akan merasakan masa depan yang lebih cemerlang lagi. Saya akan bekerja lebih kuat lagi. Saya akan bekerja sepenuh hati, sepenuh hati dengan segala kekuatan yang ada, apatah lagi saya telah bentangkan report card pada rakyat.

“Mana ada pemimpin negara lain yang bentangkan report card kepada rakyat? Adakah ketua kerajaan Pembangkang negara kita membentangkan report cardnya kepada rakyat? Mereka hanya membohong kita, meletakkan kesalahan kepada kita seolah-oleh segala permasalahan kerana kita. Tapi bila diberi peluang mereka tak boleh lakukan lebih baik dari kita.

“Percayalah ini semua politik. Ini semua retorik. Ini semua permainan untuk membakar emosi untuk menjadikan rakyat marah pada kita. Tetapi yang penting, kita tidak boleh memberi undi kita berdasarkan perkataan dan emosi yang telah dihasut mereka. Kita mesti fikir dengan pemikiran yang tenang dan rasional.

“Janji mereka, Janji manismu, janji tinggal janji, Tapi apabila BN berjanji, kita tepati. Sebab itu saya tak gelar manifesto tapi Akujanji. Sebab itu kepada rakyat Malaysia saya minta tempoh bagi peluang kepada saya. supaya apa yang kita janji kepada rakyat kita akan tepati,” katanya.

Pada majlis itu Perdana Menteri mengumumkan lebih 700 ribu pesara kerajaan di seluruh negara akan diberikan Kad Diskaun 1Malaysia Priviledge Card yang sebelum ini hanya diberikan kepada polis dan tentera.

Sumber


1 comment :

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...