Pages

Saturday, 13 April 2013

PANAS! Tok Man Bedul boleh bikin Mat Sabu gabra di Pendang!!


Cerita Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang sudah kedengaran sejak tahun lalu.Hanya pada Selasa, pengumuman rasmi mengenainya dibuat PAS Pusat sekaligus mengesahkan Mohamad yang sudah lapan kali bertanding dalam pilihanraya akan menggantikan Dr Hayati Othman.

Bagi Mohamad, pindah randah kerusi pilihanraya adalah perkara biasa.

Beliau pernah bertanding di Pulau Pinang, Kedah malah pada 2008 beliau bertanding di Parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan calon Bebas Maimun Yusuf.

Bezanya kali ini, pemimpin PAS itu yang pernah dikaitkan dengan kes khalwat babitkan isteri orang sehingga ada pihak menyiarkan rakaman perbualan ‘intim’nya dengan wanita dikenali sebagai Normah bertanding dengan lebih Berjaya atas kapasiti timbalan presiden parti.

Mohamad atau dikenali Mat Sabu sendiri mengakui karier politiknya lebih baik malah diterima di mana sahaja.

Memang, Mat Sabu cukup popular dalam PAS dengan siri-siri ceramah yang kadangkala bertukar lawak jenaka.

Senang  cakap kalau tidak jadi wakil rakyat pun pendapatan Mat Sabu hasil kutipan ‘kantung bergerak’ setiap ceramah cukup lumayan.

Persoalan sekarang, mampukah Mat Sabu mengekalkan kerusi Parlimen Pendang yang dimenangi Dr Hayati yang mengalahkan calon BN Datuk Rozai Shafian pada 2008 dengan majoriti 4,073 undi?

Atas kertas, memang Mat Sabu tidak ada masalah kekalkan kerusi PAS di situ malah majoritinya dijangka bertambah.

Cuma jadi tanda tanya, siapa calon BN yang akan turun gelanggang menentang pemimpin nombor dua PAS ini.

Adakah Dr Rozai yang juga Ketua UMNO Bahagian ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yakob  akan mengalas cabaran itu?

Atau mungkin juga Datuk Adzmi Din, CEO Syarikat Air Darul Aman (SADA)?

Dikalangan orang politik di Pendang, nama Suraya lebih kuat akan bertempur dengan Mat Sabu manakala Adzmi khabarnya akan mengambil alih tempat Suraya di Sungai Tiang.

Rozai mungkin bertanding di DUN Tokai menentang calon PAS – mungkin muka baru menggantikan Muhamad Taulan Mat Rasul yang didakwa sudah kurang sihat.

Nama pemimpin belia yang juga Ketua Wira Perkasa Kedah, Shahrol Niza Omar juga ‘panas’ kononnya akan bertanding di Tokai jika Dr Rozai bukan pilihan BN kali ini.

Berbalik kerusi Pendang, pengundi terutama penyokong BN nampaknya ragu-ragu kemampuan Suraya mahupun Rozai menentang Mat Sabu.

Ada  mendakwa kedua-dua mereka kononnya tidak disenangi pengundi Siam yang jadi penentu kemenangan terutama di DUN Sungai Tiang serta Parlimen Pendang sendiri.

Malah berdasarkan kajian pihak tertentu, jika Suraya atau Dr Rozai –jam 2 atau  3 petang hari mengundi sudah diketahui jawapan siapa menang di Pendang.

Jika benar dakwaan ini, BN terpaksa memilih calon lebih berkaliber untuk menentang Mat Sabu.

Setakat ini, berdasarkan tinjauan rawak, nama bekas Ahli Parlimen BN, Datuk Othman Abdul muncul semula dan meniti bibir sebilangan besar yang ditemui.

Menurut mereka, hanya Tok Man Bedul (nama biasa panggilan penduduk di Pendang kepada Othman) dapat beri saingan kepada Mat Sabu.

Othman dikatakan masih punyai pengaruh walaupun khabarnya beliau tidak berminat lagi sebagai wakil rakyat.

Bagi penduduk Pendang, Tok Man Bedul cukup dikenali dan rapat dengan rakyat terutama penduduk tempatan dan masyarakat Siam.

Kelebihan lain kerana beliau juga mempunyai keluarga dalam PAS.

Sebab itu juga beliau kalah kepada allahyarham Datuk Fadzil Noor pada pilihanraya 1999 kerana ramai ahli keluarganya member undi kepada Fadzil.

Benarkah Tok Man Bedul mampu beri saingan sengit pada Mat Sabu?

Jangan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya apabila Agendadaily berpeluang bercakap dengan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengenai pertembungan Mat Sabu di Pendang.

Ketika itu, nama Mat Sabu belum diumumkan lagi tetapi Mahfuz menegaskan, mereka tidak gentar jika Suraya atau Rozai menentang Mat Sabu kerana kedua-dua mereka ada masalah dengan pengundi Siam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu sendiri menyatakan kebimbangan jika Tok Man Bedul yang akan lawan Mat Sabu.

Hakikat ini mengesahkan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri itu masih digeruni PAS terutama di Pendang.

Namun, berbaki dua hari lagi pengumuman rasmi calon-calon BN yang akan turun gelanggang pada PRU 13 ini, tentunya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil kira segala pertimbangan bagi memastikan kerusi Pendang ditawan BN.

Seperti katanya kelmarin, keutamaan PRU kali ini adalah untuk membentuk kerajaan Pusat dan negeri yang kuat dan bukan soal calon harus dijadikan isu.

Jika Tok Man Bedul yang tersenarai, tanggungjawab semua jentera BN Pendang memastikan beliau menang.  Andai Suraya atau Rozai jadi calon– bermakna jentera BN kena kerja lebih kuat.

Sumber

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...