Pages

Saturday, 6 April 2013

MIMPI ANWAR : Lain Kali Lah! Bahhh!!


Makin sasau dibuatnya Anwar apabila tiga suku kaum terbesar di Sabah iaitu Kadazan, Murut dan Dusun telah mengadakan satu pertemuan yang dikenali sebagai TATABA baru-baru ini dan menyatakan sokongan mereka kepada BN serta kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut sumber, antara yang hadir di majlis pertemuan itu ialah tiga orang pemimpin yang sangat kuat pengaruhnya di Sabah iaitu “Huguon Siou” Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Benard Dompok dan Tan Sri Joseph Kurup.
“Huguon Siou” adalah gelaran yang membawa maksud “pemimpin agung” yang diberikan kepada pemimpin oleh rakyat. Ia bukannya seperti gelaran “pemimpin anugerah Tuhan” sebagaimana yang diberikan oleh seorang isteri pada suaminya yang “syok sendiri”!
TATABA bermaksud “perpaduan” dan para pemimpin yang hadir di majlis itu sepakat bersatu padu memberikan sokongan padu kepada BN pada PRU ke-13 kali ini.
Untuk pengetahuan umum, para pemimpin yang hadir di majlis itu dilihat sangat berpengaruh dalam menentukan undi kaum-kaum di Sabah khususnya dalam soal pemilihan parti pada setiap kali pilihanraya diadakan.
Sebagaimana maklum, Anwar sebelum ini cakap besar mahu menjajah 18 kerusi Parlimen di Sabah. Dia selalu berkata pada rakyat Sabah, “ini kali tukarlah”. Tapi dia tak tahu bahawa rakyat Sabah jawab, “lain kali sajalah, bahhh..!”.
Anwar patut faham bahawa konspirasi peringkat antarabangsanya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang sangat mendalam di jiwa rakyat di negeri di bawah bayu itu. Rakyat Sabah benar-benar meluat tengok mukanya!
Apakah Anwar fikir menawarkan jawatan “Perdana Menteri” kepada seorang pemimpin BN Sabah yang berpaling tadah akan membuahkan hasil? Dia fikir “Perdana Menteri” itu mampu tukar Sabah supaya menjadi miliknya?
Anwar perlu faham bahawa tindakan pemimpin Pakatan Haram yang menghina pasukan wira-wira negara yang mempertahankan Lahad Datu dan kedaulatan Sabah baru-baru ini benar-benar membuat rakyat Sabah 100% marah padanya.
Apatah lagi muncul dakwaan yang mengatakan bahawa Anwar dikatakan terlibat dengan “konspirasi peringkat antarabangsa” dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram, rakyat Sabah positif mempercayai dia mempunyai kaitan dengan insiden menyerang negeri itu.
Sekiranya “konspirasi” itu berjaya, rakyat Sabah percaya bahawa mereka akan mendapat seorang “sultan palsu” bernama Kiram, seorang “perdana menteri” yang dikatakan bernama Wilfred Bumburing, dan seorang ketua lanun bernama “Nur Misuari” yang berkuasa di perairan Sabah.
Plot konspirasi itu benar-benar membuat rakyat Sabah bengang dan marah pada Anwar dan Pakatan Haram di sana. Itulah perkhabaran yang kedengaran dari negeri di bawah bayu itu.
Persoalannya, dengan perkembangan terkini rakyat di Sabah yang menjadi penyokong setia kepada BN itu, apakah Anwar masih lagi mengharapkan 18 kerusi Parlimen di negeri tersebut? Jangan mimpilah!
Jangan fikir apabila menerima gelaran “pemimpin anugerah Tuhan” dari isteri sendiri maka Anwar boleh sewenang-wenangnya menafi dan mengalahkan “Huguon Siou” di Sabah. Budaya dan pemikiran rakyat negeri itu tidak sekolot para penyokong Pakatan Haram.
Nampaknya Anwar makin kalut. Tidak menang pada PRU ke-13 ini bererti dia terpaksa bungkus kain baju dan tinggalkan medan politik Malaysia. Bersara sepenuhnya.
Kalau Anwar berhasrat menjadi guru, sila jadi guru di negara lain kerana institusi perguruan di negara ini tidak mahu dicemari dengan pelbagai insiden “hitam” seperti “liwat”, “guru terlampau” atau “pelakon porno” di internet!

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...