Pages

ADS

Saturday, 20 April 2013

HOT NEWS : Pertandingan 3 Penjuru Di Parlimen Permatang Pauh


Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas.

Calon BN, Dr Mazlan Ismail menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang pengamal perubatan, Dr. Abdullah Zawawi Shamsudin yang hadir menyerahkan borang pencalonan pada sesi penamaan calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Muhammad Nasir Abdullah, Dr Afif Bahardin PKR dan Bebas yang ditandingi Dr. Shamsut Tabrej Ismail Marican.

Bagi DUN Permatang Pasir, Anuar Saiful Yahaya BN akan menentang penyandang Datuk Salleh Man (PAS) manakala DUN Penanti, calon BN Ibrahim Ahmad akan ditentang oleh Dr. Norlela Ariffin.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail mengumumkan tempoh pencalonan tamat pada pukul 10 pagi.

Jusni kemudiannya membuat pengumuman senarai calon yang bertanding pada pukul 11.30 pagi selepas berpuas hati dengan semua borang pencalonan.


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...