Pages

Saturday, 20 April 2013

HOT NEWS! Bukti PKR Bakal Tumbang di Perak


Sudah dijangka! Proses pemilihan calon Pilihanraya bagi PKR dan Pakatan Rakyat akan jadi kecoh dan berlarutan. Sehingga ada bertanding sesama sendiri. Tiada kesatuan langsung dan bagaimana mahu memerintah kerajaan jika masalah dalam sendiri pun tidak boleh dikawal.

Terbaru satu persatu ahli PKR meninggalkan parti. Sumber berita menyebut Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR. Serentak itu, mereka mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut dan penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu diambil ekoran rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar untuk bertanding di Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...