Pages

Saturday, 13 April 2013

FUYOO! Habislah BN! Ini Kali Lah!!


Khalid Ibrahim buat lawak sekali lagi. Kali ini lawak bingainya dibuat di hadapan kira-kira 200 orang yang menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat di Bandar Tun Razak.

Hendak menipu pun agak-agaklah sedikit. Rakyat kini bukannya bodoh lagi. Maklumat semua di hujung jari. Cakap berdegar-degar tetapi jika tiada bukti disertakan, siapa yang mahu percaya. Sekadar jadi bahan ketawa bolehlah.

Entah di mana Menteri Besar Selangor ini dapat ilham buat lawak bingai sebegitu tidak pula penulis ketahui. Mungkin daripada keinginannya menjadi Menteri Besar sekali lagi selepas PRU13 barangkali yang membuatkan fikirannya menjadi tidak rasional dan akhirnya membodohkan diri sendiri di hadapan orang ramai.

Entah sawan apa agaknya yang menjangkiti Menteri Besar Selangor ini agaknya apabila dengan yakinnya dia mengatakan Pakatan akan menang 215 kerusi berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa buah universiti. Universiti mana agaknya tu Dato’ Seri?

Jika kebiasaannya pecacai Pakatan Pembangkang akan meminta bukti dan fakta jika situasi seumpamanya berkaitan Barisan Nasional, seeloknya Khalid Ibrahim pun harus ditekan untuk memberikan bukti kebenaran kata-katanya di dalam ceramah yang telah diberikannya kepada umum.

Mana perincian penyelidikannya Dato’ Seri? Jika betul ada, apa kata bentangkan sahaja kepada media dan umum supaya rakyat boleh menilainya. Kalau setakat cakap tanpa bukti, baik tak payah cakap. Membuang masa rakyat melayan angan-angan kosong Pakatan Pembangkang yang perasan kewujudan mereka itu masih lagi relevan.

215 kerusi bukannya sedikit. Menang besarlah Pakatan Pembangkang jika betul bagai diwar-warkan oleh Khalid Ibrahim itu. Baki hanya 7 kerusi untuk Barisan Nasional. Menangislah Barisan Nasional nampak gayanya. Memang lawak bingai.

Kesawanan Khalid Ibrahim makin hari makin ketara. Semakin hampir PRU13, semakin bertambah-tambah kebingaiannya. Entah esok lusa, dia umumkan pula hasil kajiselidik pandangan umum, Pakatan Rakyat menang semua kerusi. Bersorak sakanlah kem Azmin Ali mentertawakan lawak bingai Khalid Ibrahim ini.

Oleh itu, rakyat harus menolak Khalid Ibrahim dalam PRU13 nanti jika beliau gagal memberikan perincian tentang penyelidikan bagai yang telah diwar-warkannya itu. Cakap tanpa bukti samalah seperti makan nasi tanpa lauk, langsung tidak boleh dipercayai. Lebih baik dengar cerita orang gila yang dah sememangnya kita tahu tidak benar daripada dengar cerita bohong yang dijaja oleh orang siuman seperti Khalid Ibrahim.

Rakyat Selangor ramai yang tidak berpuashati dengan Khalid Ibrahim serta kuncu-kuncunya. Kalau sudah ramai yang marah, bagaimana boleh dikatakan 215 kerusi bakal menjadi milik Pakatan Rakyat. Tidak mungkin rakyat marah dan memberikan undi kepada Pakatan rakyat sebagai tanda protes.

Justeru, rakyat harus membuat penilaian yang sewajarnya sebelum memilih untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat yang ternyata tidak mampu memenuhi segala janji mereka kepada rakyat ketika PRU12. Empat tahun tempoh percubaan telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat dan terbukti mereka tidaklah lebih baik daripada Barisan Nasional bahkan lebih teruk lagi daripada itu.

Rakyat harus menolak Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional yang selama lebih 50 tahun telah memberikan khidmat cemerlang kepada rakyat untuk masa hadapan negara yang lebih baik daripada kini.

Suara Generasi Baru

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...