Pages

Tuesday, 9 April 2013

BREAKING NEWS : Ulama Pondok Buat Deklarasi Mengejutkan Mengenai PAS


Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.

PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.

"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah. - BERNAMA

2 comments :

  1. * PAS tidak Tauhidkan (Zat) Allah maha Esa itu hanya Satu - Addeen... kemudian berAktiqad pula dgn Aktiqad di laknati Allah... Yaitu :SYIRIK terhadqap Hak2 Mutlaq (Zat) Allah maha Esa yg Satu itu... MAKA : PAS TIDAK BERAGAMA - (Berbilang Tauhid : Pluralisme > MURTAD...Kominisme, Atheis).

    * PAS TIDAK ISLAM - PAS TIDAK BERAKTIQAD DGN AKTIQAD YG DIREDHAI ALLAH "alIslam-ISLAM...

    * PAS JUGA TIDAK BERIMAN-Percaya KPD ALQURAN.

    buktiNya :
    PAS MELANGGAR SEMUA HUKUM ALLAH...DARI SERINGAN HUKUM KUFUR (NIAT)-KAPIR (ENGKAR lARANGAN ALLAH dgn Perbuatan... hingga SYIRIK terhadap Hak2 Mutlaq Allah - Gugur "ISLAM-alIslam JADI alYahud-YAHUDI...& MURTAD - Menafi, Membatal, Menentang bahawa (Zat) Allah maha Esa itu hanya Satu & tidak mungkin berbilang2.

    * Selama mana bani MELAYU itu benar Tauhidkan (Zat) Allah... berAktiqad dgn Aktiqad di redhai Allah "alIslam"... & berIman-Percaya kpd seluroh Petunjuk Allah : alQuran...
    MAKA :
    BANI MELAYU ITU ALLAH :ALQURAN HARAMKAN SOKONG : PANGKAH PAS.

    *** LARANGAN ALLAH : ALQURAN ***
    *** BUKAN LARANGAN UMNO ***

    ReplyDelete
  2. PAS TIDAK PUNYA APA2 UTK DI BAWA MENEMUI ALLAH DI ALLAH DI AKHIRAT NANTI :

    * PAS tidak berAGAMA - MURTAD TERHADA ZAT ALLAH...(TAUHID Rosak)
    * PAS tidak ISLAM - SYIRIK TERHADAP HAK2 MUTLAQ ALLAH...(AKTIQAD Syirik).
    * PAS tidak berIMAN-PERCAYA KPD ALQURAN... (AQIDAH Rosak).

    APA LAGI YG PAS ADA...ZERO, KOSONG, PARIGHUNG, ELLEQ & PUNDEQ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...