Pages

Saturday, 20 April 2013

BREAKING NEWS! Roket Tumbang Tanda DAP Runtuh Di Pulau Pinang


Aduyaii! Ini betul-betul! Bukan lakonan der! Kali ini betul-betul roket tumbang di Pulau Pinang. Tragedi replika Roket tumbang di Kulai Jaya semasa ceramah Guan Eng menjadi badi kepada DAP Pulau Pinang.
Menurut laporan Kosmo, 
Seramai 68 anggota DAP di Tanjong Bungah di sini, mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Seorang daripada mereka yang keluar parti, Devana Tara Singh berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar DAP kerana parti itu tidak menunaikan segala janji untuk membantu penduduk di kawasan itu.
Beliau mewakili 68 yang lain menyerahkan borang keahlian Gerakan kepada Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow pada majlis makan malam bersama penduduk kawasan Sungai Emas semperna sambutan tahun baharu kaum India di Batu Feringghi tadi.
Turut hadir calon Parlimen Bukit Bendera, Teh Leong Meng dan calon BN Tanjong Bungah, Datuk Seri Chia Kwang Chye.
Dalam masa yang sama seramai 135 orang di kawasan berkenaan turut menghantar borang sebagai ahli baru parti Gerakan.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...