Pages

Friday, 19 April 2013

BREAKING NEWS! Dr Mazlan Buat Solat Hajat, Anwar Menggelupur Kepanasan


Tu Dia! Pencabar utama Anwar Ibrahim buat solat hajat malam tadi. Dr. Mazlan Ismail mengimamkan solat hajat dan bacaan Yasin perdana di Permatang Pauh. 

Majlis itu turut dihadiri oleh calon-calon bagi DUN Penanti, Ibrahim Ahmad; DUN Seberang Jaya, Dato Mohammad Nasir Abdullah dan DUN Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya.

Kali ini Anwar betul-betul bertemu buku dan ruas. Ketokohan dan latarbelakang Dr Mazlan yang menjadi taruhan BN itu dikatakan mendapat sokongan daripada ahli-ahli PAS Permatang Pauh. Dr Mazlan mempunyai sokongan yang kuat dari UMNO dan sebilangan ahli-ahli PAS khususnya penyokong kuat Nasharuddin Mat Isa.

Beberapa tokoh berpengaruh yang pro PAS Permatang Pauh sebelum ini telah menyatakan sokongan kepada Dr Mazlan. Namun sokongan tersebut masih belum dibuat secara terbuka.

Teman yakin ada beberapa kejutan akan dibuat oleh tokoh-tokoh ini dimasa yang terdekat. Protes ahli-ahli PAS terhadap salah laku Anwar dalam beberapa skandal seks songsang yang didedahkan sebelum ini akan membuatkan Anwar tak lena tidur. Kita nantikan drama Anwar selanjutnya nanti..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...