Pages

Saturday, 20 April 2013

BREAKING NEWS! Dato' Seri Shariff Omar Kecewa Tak Dapat Jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang



Datuk Seri Shariff Omar tampil bertanding atas tiket bebas di Parlimen Tasek Gelugor Pulau Pinang siang tadi. Kiranya teka teki kedudukan beliau pun terjawab apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman membuat kenyataan memecat keahlian beliau serta merta hari ini.

Shariff Omar yang pernah memenangi kerusi Parlimen ini pada 1999 dan 2004 bakal berdepan calon BN Shabudin Yahaya dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dari PAS. Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, telah berkhidmat sebagai wakil rakyat dan Tasek Gelugor MP selama enam penggal.

Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa seorang veteran UMNO yang berpengaruh dan berpengalaman bertindak sedemikian seperti kanak-kanak riang yang tidak boleh berfikir dengan waras. Kemungkinan sudah tua dan lanjut usia, faktor pemikiran dangkal dan dungu tersebut.

Setelah teman cuba mencari jawapan, rupanya jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang menjadi idaman. Tak sangka dalam kekalutan dan kesibukan jentera parti bertungkus lumus menghadapi persiapan Pilihanraya, Shariff Omar dalam diam telah memberi amaran supaya permintaan dan hajat beliau itu dipenuhi.

Namun, kekecewaan Shariff Omar bertambah parah apabila Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sekarang ini telah disambung perkhidmatan baru-baru ini. Lagi bertambah parah, calon pilihan beliau tidak tersenarai dalam barisan calon Pilihanraya di Tasek Gelugor. Maka bermulalah episod penentangan sehingga menjadi calon bebas dan dipecat daripada keahlian UMNO.

Pada teman, pemimpin yang sebegini tidak harus disimpan. Perjuangan hanya untuk jawatan dan bukannya untuk rakyat. Pemimpin yang mementingkan poket sendiri patut dibuang jauh-jauh dan telah lama membusuk dalam UMNO. Teman berpandangan UMNO beruntung kerana belang pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi seperti Shariff Omar telah terdedah dan mudah untuk dibuang buat selama-lamanya.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...