Pages

Tuesday, 23 April 2013

BREAKING NEWS! Calon PKR Didakwa Mengedar Dadah! Salah UMNO!


Biar betul apa yang teman baca nih! Seorang calon PKR didakwa oleh Hj Hadi Awang adalah seorang pengedar dadah. Apa yang menariknya, perkara tersebut didedahkan oleh rakan Pakatan sendiri.Bukan mahu menuduh tetapi disebut oleh Presiden PAS sendiri dalam satu ceramah di Marang, Terengganu. Ini Salah UMNO juga ka??

Menurut berita mStar, Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah.

Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah.

"Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan," kata Saiful Bahari, selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Teregganu di sini pada Selasa.

Saiful berkata isu berkenaan juga akan membuka mata pengundi dan beliau menggesa mereka mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...