Pages

Saturday, 20 April 2013

Bicara Nasional Isu Lahad Datu


Walaupun sekarang ini rakyat berada dalam situasi panas untuk menghadapi pilihanraya ke 13 namun Isu Lahad Datu tidak lagi terpinggir. Satu seminar telah diadakan di Holiday Inn Shah Alam pada jam 9 pagi tadi bertemakan ‘Kedaulatan dan Keselamatan Negara’ yang membawa tajuk Pencerobohan Lahad datu.

Panel terdiri daripada Prof Azmi Hasan, Pakar Geoastrategis, Perdana School, Universiti teknologi Malaysia, Tan Sri Musah Hassan Mantan Ketua Polis Negara dan Lt Jeneral (B) Dato Seri Zaini Mohamad Hasan, Mantan Panglima Tentera Darat. Moderator adalah pensyarah UiTM, Shah Alam.

Perbincangan selama 2 jam itu telah memberi pelbagai input yang berguna kepada lebih 300 pelajar UiTM,pensyarah serta peserta-peserta dari Jabatan Kerajaan.

Bercakap pada sesi pengenalan, Prof Azmi Hasan, Pakar Geoastrategis memberi sedikit ringkasan tentang tugasan beliau sebagai pemandu arah bom-bom besar. Tugas beliau tak ubah seperti menjadi GPS. Belaiu turut menambah bahawa sebenarnya tiada apa yang perlu dibincangkan lagi tentang hak Lahad datu kerana lahad Datu sememangnya milik Malaysia.

Perbincangan seterusnya berjalan dengan lancar dengan masing-masing memberi pendapat dan bercakap berdasarkan pengalaman dalam tugas masing-masing. Polis dan tentera sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang ancaman dan sering bekerjasama dalam menangani isu Lahad Datu.

Menurut bekas ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan ‘Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah politik dalaman. Ini berkaitan Pilihanraya Malaysia yang akan berlaku tidak lama lagi serta Pilihanraya Senat di Filipina pada Jun nanti’.

‘Malaysia sentiasa dicabar keselamatan dan kedaulatannya, Namun anggota kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan bersemangat tinggi dalam menangani pencerobohan ini’. sambung beliau lagi.

Seminar berakhir jam 2 petang dengan sesi tandatangan tanda sokongan terhadap penubuhan RCI dan jamuan tengah hari.

Suara Generasi Baru

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...