Pages

Wednesday, 23 March 2016

PERSAINGAN #PABM BERTAMBAH SENGIT

Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. 

Selepas dua hari pertandingan, seramai 10 pelajar antarabangsa mara ke pusingan separuh akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 esok.


Lima pelajar daripada 20 yang bertanding dalam kategori Antarabangsa dan melepasi pusingan saringan semalam serta suku akhir hari ini ialah HAN JUN BEOM dari Korea Selatan, WANG JIALU (ALEEYA) dari China, HATSUNE YANAI dari Jepun, MEGAN ROSE DONELLY dari Amerika Syarikat dan REBECCA CLARE LAWRENCE


Bagi kategori Pelajar Malaysia di Malaysia (PAM) pula, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), ABDALLA HASSAN GHARIB dari Tanzania; pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MASHAL KASEM ALQUDAH dari Jordan; dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), ANAS MOHAMAD HUSIAN KASSIM dari Iraq akan bersaing untuk mara ke pusingan akhir pada 25 Mac nanti.


Turut merebut tempat ke final yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah dua pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) HASSAN RADWAN dari Palestin dan NASEAR BIN SLAYMAN dari Kemboja. - UTUSAN





PELAJAR RUSIA KONGSI PENGALAMAN #PABM

Dalam tempoh dua hari lagi, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016 (PABM 2016) bakal membuka tirai dan pastinya menampilkan peserta-peserta yang hebat dari dalam mahupun luar negara.

Beberapa pemenang dan finalis PABM pada edisi-edisi yang lalu tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan pertandingan itu yang dianjurkan buat kali ke-10 pada tahun ini.

Juara pertama PABM pada tahun 2007, Olga Vasilevskaya, 28, memberitahu, dia kini mampu memahami dan bertutur dengan lebih baik dalam bahasa Melayu setelah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.

“Ketika belajar bahasa Melayu di Moscow, Rusia, saya hanya dapat mempelajarinya menerusi buku, namun berbeza keadaannya apabila berada di Malaysia. Saya dapati terdapat seni dari segi bahasa, jiwa dan perkara yang dipersembahkan ketika bertutur dalam bahasa Melayu.

“Saya meminati untuk mendalami bahasa Melayu kerana ia sangat unik dari segi bunyi serta strukturnya yang menentukan cara pemikiran seseorang. Bahasa ini juga merupakan bahasa serantau kerana negara lain juga boleh memahami apa yang dituturkan menggunakan bahasa Melayu,” kata Olga atau Azizah Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, johan kategori Alam Melayu PABM 2015, Mohd. Akmal Aizat Umar, 24, berkata, mengenang kembali penyertaannya dalam pertandingan tersebut pada tahun lalu banyak memberi pengalaman manis kepada dirinya.

“Satu pengalaman yang amat manis terutamanya apabila berpeluang membawa cabaran negara di peringkat akhir. Debaran ketika berada di pentas sebesar itu pasti sukar untuk dilupakan.

“Mengenali rakan-rakan baharu dari seluruh pelosok dunia juga cukup sukar dilupakan, apatah lagi mendengar mereka bertutur menggunakan bahasa Melayu. Agak janggal dan melucukan pada awalnya, namun amat membanggakan kita sebagai penutur tetap bahasa ibunda,” katanya.

Selain itu, peserta negara yang merupakan johan kategori Nusantara PABM 2012, Fathiah Ibrahim, 27, mengambil peluang untuk berkongsi minat berpidato dengan rakan-rakan dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

“Melalui PABM juga, peserta dapat memperkenalkan bahasa Melayu dan menyampaikan mesej menerusi pidato masing-masing. Semoga bahasa Melayu dapat dimartabatkan di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Dayangku Mumtazah Pangeran Md. Jaafar, 26, dari Brunei yang merupakan naib johan PABM 2012 dalam kategori Nusantara tidak dapat melupakan rasa tekanan dan kelegaan tatkala melepasi peringkat saringan, separuh akhir hingga ke peringkat akhir.

“Persaingan bersama rakan lain tidak menghalang kami untuk menjalin persahabatan yang indah, yang masih kekal sehingga hari ini. Sebaik sahaja memenangi PABM, Alhamdulillah, tawaran untuk menjadi hos televisyen dan radio serta menulis skrip semakin banyak dan terima kasih kepada PABM,” katanya.

Bagi rakan senegaranya pula, Awang Abdul Rashid Awang Damit, 29, yang merupakan naib johan dalam kategori sama pada PABM 2011 mengakui pertandingan itu mengajar dirinya erti sebuah perjuangan.

“Atas kapasiti sebagai seorang naib johan PABM, saya diberikan penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan bergiat aktif dalam bidang pengacaraan di peringkat nasional sehingga mampu menubuhkan syarikat dengan nama ‘Mahir Orator Brunei’ yang memberi fokus kepada latihan pengucapan awam dan perkhidmatan pengacaraan,” katanya.

Thursday, 22 October 2015

Guan Eng terbukti adalah penipu besar kepada rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) - Lim Guan Eng (The Malaysian Insider - 20 Oktober 2015)

Kenyataan populis menjadi mainan pembangkang walaupun kenyataan itu agak sukar dilaksanakan kerana dapat menarik minat rakyat. Malah, setiap kali Pilihanraya Umum rakyat akan ditatang dengan manifesto mereka yang hampir tidak masuk akal. Rakyat yang terpesona dengan dendangan manifesto palsu ini pastinya akan memihak kepada mereka.

Terbaru kenyataan Guan Eng yang mahu memansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekiranya berjaya memerintah negara dilihat salah satu kenyataan populis untuk menarik sokongan kepada Pakatan Harapan. Namun manisfesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum 2008 tidak juga tertunai sehingga hari ini.

Manifesto Pakatan Rakyat 2008
Kerajaan Pakatan Rakyat akan memansuhkan tol di Sg Nyior Butterworth sekiranya berjaya menawan Pulau Pinang.

Apabila mereka berjaya menawan Pulau Pinang, mereka gagal menunaikan janji untuk memansuh tol Sg Nyior dan menafikan berjanji mahu memansuhkan tol tersebut. Kerajaan Rejim DAP Pulau Pinang cuba menyalahkan Kerajaan Pusat dengan pelbagai alasan. Kemudian mereka cuba mengalih perhatian rakyat dengan membina jalan alternatif bagi mengelok membayar tol Sg Nyior yang dinamakan Jalan Bagan 29 sepanjang 1 Kilometer bernilai RM5.7 juta. Yang melucukan Jalan Bagan 29 hanya 100 meter untuk menembusi Jalan Siram dan selainnya hanya menurap jalan-jalan sedia ada yang dibina Kerajaan BN sebelum ini. Bagi melihatkan "kejantanan" Ketua Menteri Rejim DAP Pulau Pinang, maka diadakan satu majlis perasmian untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sentiasa prihatin nasib rakyat.

Malah, jika tiada Jalan Bagan 29 tersebut, masih ada jalan alternatif lain yang telah dibuat semasa pemerintahan Kerajaan BN ke Seberang Jaya tanpa melalui Tol Sg Nyior iaitu melalui Jalan Permatang Pauh, Jalan Taman Bagan dan Jalan Chain Ferry. (Rujuk link google map ini untuk terperinci)
Apa yang berlaku kepada Negeri Pulau Pinang sejak dibawah pemerintah Rejim DAP:
1. Tarif air naik 4 kali dari tahun 2008 dan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak dua kali iaitu pada 2010 dan 2013.
2. Menentang pembinaan (Penang Outer Road Ring (PORR) namun membuat Plan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang mirip dengan PORR.
3. Menentang projek di lereng bukit, namun projek perumahan mewah dibina di lereng bukit hingga menyebabkan banjir besar di kawasan Bayan Baru.
4. Mengenakan cukai katil bagi semua hotel di Pulau Pinang antara RM2-3 semalam.
5. Bayaran parking dinaikkan dan masa bayaran dilanjutkan sehingga  12 malam setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum.
6. Fee dan kenaan bagi urusan dengan kerajaan negeri dinaikkan sehingga 300%
7. Rumah kos rendah dihapuskan dan digantikan dengan rumah mampu milik yg bermula dari harga RM200,000 dengan kelayakkan minima RM8000 ke atas.

Jelas, kenyataan populis pembangkang hanya retorik bagi meraih undi semata-mata. Jika pembangkang benar-benar  prihatin terhadap nasib rakyat, perkara diatas wajar dimansuhkan dahulu sebelum melihat pada skala persekutuan.

Tuesday, 13 October 2015

Bank Negara beri tiga kelulusan pelaburan luar negara 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali menegaskan keputusan untuk tidak mendakwa pegawai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah kerana tiada kesalahan dilakukan berikutan Bank Negara telah dimaklumkan perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut.

Peguam Negara dalam kenyataan akhbar hari ini menyatakan, 1MDB mematuhi semua prosedur dalam mendapat tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan di luar negara pada 29 september 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Bank Negara hanya mengambil masa tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut.

“Apabila 1MDB meminta wang dimasukkan kepada akaun yang berlainan dari permohonan asal, Deutsche Bank (Malaysia) telah merujuk perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia.”

Menurut Peguam Negara, Bank Negara Malaysia memberi maklum balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapat penjelasan lanjut selagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

“Bank Negara sebagai Pengawal Kewangan tidak menghalang pemindahan terbabit mahupun mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) supaya menasihati 1MDB mendapatkan semula kebenaran. Adalah jelas tiada sebarang permintaan maklumat lanjut dari Bank Negara Malaysia pada masa tersebut.”

Menurut Peguam Negara, permintaan Bank Negara supaya mendakwa 1MDB kerana gagal memberi beberapa maklumat tertentu tidak dapat dipenuhi kerana 1MDB hanya perlu memberi maklumat-maklumat terbabit sekiranya diminta oleh Bank Negara ketika itu.

Malangnya, Bank negara tidak membuat sebarang permintaan untuk pendedahan maklumat tersebut.

Adalah jelas Bank Negara tidak menghalang sebarang perubahan terbabit sungguhpun dimaklumkan oleh pihak Deutsche Bank ketika itu.


Sekutu rapat Tun Mahathir didakwa dibawah Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 15 tahun

Tindakan mendakwa sekutu rapat Mantan Pendana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengikut seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana cuba mensabotaj perbankan dan sistem kewangan Malaysia telah dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini berikutan kritikan dan kecaman Tun Dr Mahathir dalam sidang media semalam di Yayasan Perdana sebagai satu penyalahgunaan kuasa kerajaan.

Jabatan Peguam Negara melalui Peguam Negara, Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi Bin Haji Ali dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kedua-dua Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang didakwa mengikut seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jabatan Peguam Negara selanjutnya menjelaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah hukum acara yang menyediakan langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan "kesalahan keselamatan ". Takrif 'kesalahan keselamatan' menjelaskan bahawa SOSMA tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.

'Kesalahan Keselamatan' dalam Akta ini terpakai kepada mereka yang disenaraikan dalam Jadual Pertama SOSMA. Apabila SOSMA telah digubal, yang disenaraikan 'kesalahan keselamatan' adalah kesalahan di bawah Bab VII Kanun Keseksaan (Kesalahan-kesalahan terhadap Negera) dan Bab VIA Kanun Keseksaan (Kesalahan yang berkaitan dengan keganasan).

Pada tahun 2014, senarai itu diperluaskan kepada Bab VIB Kanun Keseksaan (Jenayah Terancang) dan juga kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Senarai ini telah diperluaskan lagi pada bulan Jun 2015 untuk memasukkan Langkah-Langkah Khas Akta Menentang Keganasan dalam Negara Asing 2015.

Jabatan Peguam Negara menambah, Seksyen 124L, Kanun Keseksaan adalah satu kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan. Ia adalah salah satu daripada tujuh kesalahan baru yang diperkenalkan ke dalam Bab VI Kanun Keseksaan pada tahun 2012 melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Oleh itu, 'kesalahan keselamatan' dalam SOSMA adalah terpakai.

Tujuh kesalahan baru iaitu:

Aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen (seksyen 124B)
Cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen (seksyen 124C)
Penyebaran maklumat (seksyen 124H)
Sabotaj (seksyen 124k)
Cubaan melakukan sabotaj (seksyen 124L)
Pengintipan (seksyen 124M)
Cubaan melakukan pengintipan (seksyen 124N)

Kesalahan-kesalahan ini adalah tambahan kepada enakmen pindaan dengan pengubahsuaian kesalahan tertentu yang digunapakai di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, iaitu seksyen baru 124D, 124E, 124F, 124G, 124L dan 124J. Penjelasan di atas boleh dilihat dalam Penyata Penjelasan kepada Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012.

Seksyen 124L, Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa 'Barangsiapa cuba melakukan sabotaj atau melakukan apa-apa perbuatan persediaan dengannya hendaklah dihukum dengan memenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi lima belas tahun.'

Dalam hal ini, seksyen 130A Kanun Keseksaan mentakrifkan istilah 'sabotaj' bermaksud sesuatu perbuatan atau peninggalan dengan niat menyebabkan bahaya, kepada orang lain, untuk penyelenggaraan 'perkhidmatan perlu' manakala istilah 'perkhidmatan perlu' ditakrifkan termasuk perbankan dan perkhidmatan kewangan.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara itu untuk memberi penjelasan terhadap peruntukan undang-undang yang telah diguna pakai dalam kes Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang mengelirukan lagi mengenai peruntukan yang berkaitan undang-undang.

Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tidak akan mendedahkan apa-apa fakta yang berkaitan dengan kes mereka yang  belum lagi selesai di mahkamah.


ATTORNEY GENERAL MEDIA STATEMENT
Charges Against Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang 
On Monday, 12 October 2015, Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang were charged under section 124L of the Penal Code, read with Section 34 of the Penal Code for attempting to sabotage Malaysia’s banking and financial systems. 
The action has been questioned by certain parties, including in the article published in the Star on 12 October 2015, titled ‘Dr M, Ku Li team up to slam Sosma detention of 1MDB critics,’ as being an abuse of the government powers.
The Attorney General’s Chambers clarifies that both Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang are charged under section 124L of the Penal Code and not the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA). 
The Attorney General’s Chambers further clarifies that the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) is a procedural law that provides special measures to facilitate the investigation and prosecution ‘security offences”. The definition of ‘security offences’ makes it clear that the SOSMA is not limited to terrorism or terrorists.
The ‘security offences’ to which the Act applies are those listed in the First Schedule to the SOSMA. When SOSMA was enacted, the listed ‘security offences’ were offences under Chapter VII of the Penal Code (Offences against the State) and Chapter VIA of the Penal Code (Offences related to terrorism). 
In 2014, the list was extended to include Chapter VIB of the Penal Code (Organised Crime) as well as offences under Part IIIA of the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. The list was further extended in June 2015 to include the Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015. 
Section 124L, of the Penal Code is an offence under Chapter VI of the Penal Code. It was one of seven new offences introduced into Chapter VI of the Penal Code in 2012 through Penal Code (Amendment) Act 2012. It is therefore a ‘security offence’ to which SOSMA applies. 
The seven new offences are namely:
Activities detrimental to parliamentary democracy (section 124B)
Attempt to commit activity detrimental to parliamentary democracy (section 124C)
Dissemination of information (section 124H)
Sabotage (section 124K)
Attempt to commit sabotage (section 124L)
Espionage (section 124M)
Attempt to commit espionage (section 124N)
These offences were in addition to the reenactment with modifications of certain offences which used to be in the Internal Security Act 1960, namely the new sections 124D, 124E, 124F, 124G, 124L and 124J. The above explanation can be seen in the Explanatory Statement to the Penal Code (Amendment) Bill 2012. 
Section 124L, of the Penal Code provides that ‘Whoever attempts t commit sabotage or does any act preparatory thereto shall be punished with imprisonment for a term which extend to fifteen years.’ 
In this regard, section 130A of the Penal Code defines the term ‘sabotage’ to mean an act or omission intending to cause harm, among others, to the maintenance of ‘essential services’ while the term ‘essential services’ is defined to include banking and financial services. 
The Attorney General’s Chambers provides this clarification on the provisions of law that have been applied in the case of Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang to prevent any further misleading statements, regarding the relevant provisions of law. 
However, the Attorney General’s Chambers is not at liberty to divulge any facts pertaining to their cases as the matters are pending before the court. 
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS MALAYSIA
13 October 2015

Monday, 12 October 2015

Mahathir terlupa pernah penjarakan orang tidak bersalah! Boleh dimaafkan begitu sahaja?

"Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa. Saya tidak punya cukup bukti".
Malaysian Insider 10 Oktober 2015.
"Salahguna kuasa dan tidak menghormati undang-undang dan satu-satunya jenayah kedua mereka (Khairuddin dan Matthias) adalah memberitahu kebenaran".
Sidang Media Yayasan Perdana, 12 Oktober 2015
Kedua-dua kenyataan di atas adalah dibuat oleh Tun Mahathir sendiri terhadap dakwaan beliau terhadap 1MDB. Kenyataan yang amat berbeza dan bercanggah hanya berselang dua (2) hari. Dua hari sebelum beliau menyatakan tidak punyai cukup bukti untuk mendakwa 1MDB dan mengaitkan dengan Perdana Menteri namun menempelak pula tindakan kerajaan terhadap sekutunya yang ditahan dibawah SOSMA sebagai salahguna kuasa dan tidak menghormati undang-undang. 

Matematik mudah, jika tiada bukti maka yang dijaja oleh kedua mereka itu adalah fitnah. Maka sesuai lah dengan tindakan kerajaan terhadap mereka berdua. "No doubt"!.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang telah didakwa di Mahkamah Majisterit Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Negara.

Sementara itu Menteri Multimedia dan Komunikasi, Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi reaksi segera terhadap kenyataan Tun Mahathir di Yayasan Perdana hari ini.

Antara reaksi Salleh Said Keruak di dalam blog sskeruak.blogspot.my

"Mereka belum lagi disabitkan kesalahan samada mereka bercakap benar atau tidak, biar perbicaraan yang menentukan"
"Tun Dr Mahathir perlu diingatkan banyak kes pada zamannya apabila orang-orang yang berkata benar telah ditangkap, didakwa dan disabitkan dengan jenayah kerana bercakap benar. Sebagai contoh, tahun 2000, Marina Yusoff didapati bersalah dan dihukum di bawah Akta Hasutan dan hakim memutuskan bahawa hanya kerana dia bercakap benar tidak bermakna dia tidak melakukan jenayah".
"Sekurang-kurangnya Khairuddin dan Matthias dibenarkan dibicarakan dimana mereka boleh mempertahankan diri mereka dan jika mereka tidak bersalah akan dibebaskan. Selama masa Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada penentang dan pengkritik kerajaan tanpa bicara. Pada tahun 2001, sepuluh penyokong Anwar Ibrahim ditahan tanpa perbicaraan dengan mendakwa mereka adalah pengganas. Enam telah dipenjarakan selama dua tahun dan kemudian akhirnya mahkamah membuat keputusan bahawa mereka bukan pengganas dan penahanan mereka adalah tidak sah".

Peluru terakhir Negarawan Billioner tertembak diri sendiri

Tun M : Kecam kerajaan salah guna kuasa tahan Khairuddin/Mathias Chang bawah SOSMA. Kerajaan perlu bertindak membebaskan mereka
TSMY : Saya yakin apa yang disebutkan oleh Tun M. Walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti ia tak halang saya terutama melibatkan kepentingan rakyat.
Tun Mahathir telah dilihat bagai kehilangan senjata dan peluru untuk menyerang  Datuk Seri Najib Razak. Didalam sidang media  di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, beliau mengetuai tekanan terhadap Perdana Menteri untuk membebaskan dua orang kanan beliau yang sedang ditahan di bawah SOSMA iaitu Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Bekat Setiausaha Politik beliau, Matthias Chang.

Agak mengejutkan apabila musuh politik Tun Mahathir (90) dan penyebab UMNO pernah diharamkan Tengku Razaleigh Hamzah (78) turut berada dalam barisan "Gabungan Kecewa" bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan individu terbabit dan mengecam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Antara barisan lain yang bersama dalam sidang media itu terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (68), Tan Sri Sanusi Junid (72), Datuk Seri Shafie Afdal (57) dan Datuk Seri Ong Tee Kiat (58).

Kemunculan Mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan tersebut menunjukkan beliau telah culas dan khianat terhadap ikrar beliau sendiri kepada Presiden parti semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tempohari.

Rata-rata penganalis politik tanahair melihat tindakan nekad Tun Mahathir kali ini adalah ekoran penamatan perkhidmatan Syarikat Pembekal Tenaga (IPP) milik sekutu rapat beliau, YTL Corporation September lepas. Faktor kedudukan tidak menentu anak beliau Mukriz Mahathir yang kini sedang menyandang jawatan Menteri Besar Kedah juga dilihat begitu signifikan dengan tindakan terdesak Tun Mahathir hari ini.

Namun kecaman dan tuduhan Tun Mahathir terhadap SOSMA sebagai kejam dan zalim, kita tidak lupa sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau telah:

1. Memenjarakan beratus individu tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk ramai Ahli Politik.
2. Ops Lalang
3. Terlibat menyingkirkan dua Timbalan Perdana Menteri.
4. Memecat seorang Timbalan Perdana Menteri.
5. Memberhentikan empat Menteri.
7. Menghentikan operasi akhbar The Star,Watan dan Sin Chiew Jit Poh.
8. Memecat Ketua Hakim Negara dan mengubah cara perlantikan Hakim.

Untuk rekod, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang telah didakwa di Mahkamah Majisterit Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Negara. Mereka diberi peluang untuk membela diri di dalam SOSMA berbanding dengan ISA ciptaan Tun Mahathir.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...